Bolehkah Wanita Mengandung (Anak Zina) Berkahwin? Sahkah Perkahwinan Tersebut?

Tajuk: Apakah sah hukumnya perkahwinan seorang wanita yang sedang mengandung kerana zina?

Penerangan: Assalam Ustaz. Saya ada seorang kawan yang telah terlanjur dengan bekas kekasihnya dan dia telah mengandung 4 bulan semasa belajar. Kemudian kedua-dua pihak keluarga telah terpaksa menyegerakan perkahwinan mereka berdua untuk menutup malu tersebut. Apakah sah perkahwinan mereka itu? Dan bagaimanakah pula status anak tersebut?

– Nur Syafiqah (Kuala Lumpur)

Iklaneka

Waalaikumussalam.

Pertama sekali, mereka yang telah melakukan zina hendaklah bertaubat sebenar-benarnya kerana zina adalah dosa yang amat besar. Sepertimana diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita semua bahawasanya perbuatan zina itu, akan mendapat balasan dari Allah, baik ketika masih di dunia mahupun di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Dua kejahatan akan dibalas oleh Allah ketika di dunia; zina dan durhaka kepada ibu bapak.” – H. R. Thabrani

Hukum Wanita Berkahwin Ketika Masih Mengandungkan Anak Zina

Walaupun terdapat khilaf dalam kalangan ulama berkenaan isu ini tetapi dalam mazhab al-Syafie pernikahan dan bersetubuh (selepas nikah) itu sah.

Wanita yang hamil boleh bernikah/berkahwin dengan mana-mana lelaki selagimana wanita tersebut bukan dalam iddah dan juga bukan isteri orang.

Status Anak Luar Nikah Dalam Islam

Walaupun perkahwinan wanita mengandung anak luar nikah (zina) tadi sah tapi anaknya itu:

Iklaneka

  • anak yang sedang dikandung itu tidak boleh dinasabkan atau di-bin/binti kepada lelaki yang mengahwini ibunya
  • anak itu tidak boleh mewarisi harta (pusaka) lelaki tersebut
  • tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut (jika anak tersebut perempuan)
  • dia tidak boleh menjadi wali kepada adik beradik perempuan yang lain (jika anak tersebut lelaki)

Wallahu a’lam.

Rujukan Mufti WP dan JAKIM.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment