
Tajuk: Bilakah waktu solat hajat yang paling mustajab
Penerangan: Assalamualaikum Ustaz. Saya nak bertanya sikit. Bilakah waktu untuk sebenar yang sesuai dan afdal untuk solat hajat dimana doa itu paling mustajab? Terima kasih Ustaz.
– Suhaimi (Johor)…
Iklaneka
Waalaikumussalam.
Solat hajat adalah salah satu solat sunat yang digalakkan. Ianya dibuat untuk memohon hajat seperti memudahkan urusan kerja, memohon mendapat kesihatan yang baik, mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan sebagainya.
Tiada waktu khusus yang ditetapkan untuk solat sunat hajat ini. Solat sunat ini boleh dikerjakan bila-bila masa sahaja anda berkelapangan. Namun demikian ada 3 waktu yang dilarang untuk solat hajat.
Waktu Yang Ditegah dan Dilarang Solat Hajat
- Waktu Syuruq – Waktu dimana matahari mulai terbit sehinggalah setinggi tombak dan ia biasanya dianggarkan berlangsungnya selama 15 minit.
- Waktu Zhahirah – Waktu ini ketika matahari berada di tengah-tengah langit pada waktu tengah hari. Bayang-bayang tidak kelihatan kerana matahari berada tepat di atas kepala kita. Ia berlangsung beberapa beberapa minit sebelum masuknya waktu solat Zohor.
- Waktu Senja – Waktu dimana matahari mulai terbenam sehinggalah terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung selama 15 minit sebelum masuknya waktu solat Maghrib.
Waktu Solat Hajat Yang Afdal & Mustajab
Ada ulama berpendapat bahawa waktu yang paling baik dan afdal untuk melakukan solat sunat ini adalah pada sepertiga malam terakhir iaitu sekitar jam 1 pagi sehingga 5 pagi. Ini kerana waktu ini lebih sunyi dan kita boleh lebih khusyuk dalam solat.
Iklaneka
Dalam setiap waktu solat hajat, kita dapat mengerjakan solat ini sebanyak 2 rakaat sehingga 12 rakaat. Cara mengerjakannya adalah selepas 2 rakaat disertai 1 salam. Maksudnya, selesai 2 rakaat dan memberi salam, bangunlah kembali untuk menunaikan solat hajat ini, dan begitulah seterusnya.
Selesai solat, berwiridlah dan kemudian berdoa kepada Allah.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Disarankan untuk anda melakukan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut.
Insya-Allah mudah-mudahan apa yang tuan/puan hajati akan dimakbulkan oleh Allah. Amin.
Wallahu a’lam
{ 7 comments… read them below or add one }
Disarankan untuk anda melakukan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut.
Insya-Allah mudah-mudahan apa yang tuan/puan hajati akan dimakbulkan oleh Allah. Amin
terima kasih atas soalan anda
As salam ustaz…sye nk tnye..solat sunat hajat boleh dilakukan berapa kali dlm sehari??
terima kasih atas perkongsian 🙂
Asslamualaikum ustaz boleh tak saya solat hajat sepas solat isyak
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya berkenaan hal ibadah Qurban.
1) Bolehkan ibadah Qurban ini dilakukan untuk mereka yg sudah meninggal dunia?
Kalau boleh, bagaimana pembahagian daging Qurban itu?
2) Bilakah masa yang dibenarkan utk mereka yg melakukan Qurban boleh memotong kuku atau bulu pada anggota badan? Sehari selepas Qurban dilakukan atau pada hari yg sama setelah sembelihan Qurban dilakukan?
bolehkah mengeluarkan kurban dengan hewan unggas seperti ayam