TANYAUSTAZ.NET Siapa Ustaz? Tanya Soalan!

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Qada’ Solat?

Post image for Bilakah Waktu Sesuai Untuk Qada’ Solat?

Tajuk: Bilakah waktu yang sesuai untuk saya qada’ solat Subuh?

Penerangan: Assalamualaikum Ustaz. Saya sering terlepas untuk solat Subuh kerana terlajak tubuh. Tapi saya ingin qada’ balik solat subuh tu. Bilakah waktu yang sesuai untuk saya qada’ solat subuh? Terima kasih Ustaz.

– Syafiq Shahuddin (Johor)

Iklaneka

Waalaikumussalam.

Qada’ menurut istilah bererti mengerjakan solat pada luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat samaada secara sengaja ataupun tidak sengaja, wajib mengqada’ atau menggantikan semula solat itu.

Dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:

“Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar”.

Sengaja meninggalkan sembahyang tanpa uzur yang syarie’ dianggap berdosa kerana sembahyang itu adalah tiang agama. Uzur yang dibolehkan adalah terlupa dan tertidur. Walaubagaimanapun anda wajib bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh. dan tidak akan lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun serta berazam tidak akan mengulanginya lagi.

Jika kita terlepas waktu Subuh kerana tertidur dan tidak sedar, sedangkan waktu syuruk telahpun lepas atau matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut menyegerakan mengerjakan solat Subuh itu.

Cara Niat Qada’ Bagi Solat Subuh

‘Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala’ dan kemudian solatlah seperti biasa.

Cuma diingatkan qada’lah solat kita cepat-cepat selepas bangun dari tidur.

Wallahualam

Iklaneka

Ada kemusykilan? Tanyalah Ustaz.

{ 1 comment… read it below or add one }

Syafiqah April 25, 2019 at 11:22 pm

Maksudnya nk qada solat bkn waktunya pon boleh ka…ke kena tunggu smpai waktu dulu bru blh qada ?

Reply

Leave a Comment


Jawatankosongmalaysia.co adalah sebuah portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menyenaraikan ribuan jawatan kosong kerajaan dan juga swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023 ❤️️ Haru Elie.