Assalamualaikum kepada para pengunjung yang dikasihi Allah,

TanyaUstaz.net adalah sebuah portal soal-jawab agama yang dibarisi oleh Ustaz-ustaz yang berkaliber dan berpengetahuan khusus dalam ilmu-ilmu Islam yang dipelajari mereka untuk menyelesaikan kemusykilan agama yang dihadapi oleh masyarakat Islam tentang dunia hari ini.

Sekiranya tuan/puan ada soalan, bolehlah membuat pertanyaan terus kepada Ustaz disini [Tanya Ustaz]. Insya-Allah, Ustaz akan cuba menjawab persoalan anda. Mudah-mudahan hati kita tenang dan lapang untuk membuat ibadat kepada-Nya nanti. Insya-Allah.

Semoga apa yang Ustaz kongsikan disini dapat disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga kita yang lain dan bersama- sama kita memperoleh ganjaran dan pahala daripada Allah. Insya-Allah.

perkahwinan

Tajuk: Apakah sah hukumnya perkahwinan seorang wanita yang sedang mengandung kerana zina?

Penerangan: Assalam Ustaz. Saya ada seorang kawan yang telah terlanjur dengan bekas kekasihnya dan dia telah mengandung 4 bulan semasa belajar. Kemudian kedua-dua pihak keluarga telah terpaksa menyegerakan perkahwinan mereka berdua untuk menutup malu tersebut. Apakah sah perkahwinan mereka itu? Dan bagaimanakah pula status anak tersebut?

– Nur Syafiqah (Kuala Lumpur) ✍ Baca Jawapan Ustaz…

Tajuk: Bolehkah suami minum susu isteri? Adakah terbatal perkahwinan kerana menjadi anak susuan?

Penerangan: Salam Ustaz. Saya baru dikurniakan seorang cahaya mata dan isteri saya menyusukan bayi secara susu badan. Saya nak tanya bolehkah sekiranya tertelan @ terminum susu isteri saya? Apakah hukumnya? Adakah ini menyebabkan saya menjadi anak susuan dan menyebabkan perkahwinan kami terbatal? Sebab saya ada terdengar orang kata suami tidak boleh hisap payudara isteri ketika ada susu kerana dikhuatiri suami terminum susu badan isterinya dan boleh menyebabkan terbatal kerana jadi anak susuan. Terima kasih Ustaz.

– Ashraf Alayas (Perak) ✍ Baca Jawapan Ustaz…

Incoming search terms:

  • hukum minum susu
  • suami minum susu badan istri

Tajuk: Bolehkah ayah tiri berkahwin dengan anak tiri selepas bercerai dengan ibunya?

Penerangan: Assalamualaikum Ustaz. Saya ada satu kemusykilan. Mamat berkahwin dengan emak Siti dan merupakan bapa tiri pada Siti. Tapi Mamat tidak pernah bersama (membuat hubungan suami isteri) dengan ibu Siti semasa perkahwinannya. Dan bila Mamat bercerai dengan ibu Siti, bolehkah si Mamat ini berkahwin dengan Siti yang telah menjadi bekas anak tirinya sekarang?

– Hashimah Hasyim (Selangor) ✍ Baca Jawapan Ustaz…

Incoming search terms:

  • hukum kahwin anak tiri
  • ibu berkawin dengan anak tiri

Tajuk: Suami menfitnah isterinya berzina dengan lelaki lain

Penerangan: Salam Ustaz. Saya mempunyai seorang kakak yang sudah berkahwin selama empat tahun. Apa yang berlaku sekarang adalah suami kakak saya ini telah menfitnah kakak saya dengan mengatakan bahawa kakak saya telah berzina dengan lelaki lain tanpa sebarang bukti. Saya sememangnya mengenali kakak saya ni dan saya percaya kakak saya tidak pernah melakukan zina ni.

Soalan saya, apakah hukumnya bila si suami menfitnah isterinya sendiri berzina dengan lelaki lain tanpa memberi sebarang bukti dan si isteri tidak pernah langsung terlintas niat di hati @ melakukan perkara tersebut? Boleh minta ustaz jelaskan?

Ieyna (Melaka) ✍ Baca Jawapan Ustaz…