Hukum Suami Menfitnah Isterinya Berzina

Post image for Hukum Suami Menfitnah Isterinya Berzina

Tajuk: Suami menfitnah isterinya berzina dengan lelaki lain

Penerangan: Salam Ustaz. Saya mempunyai seorang kakak yang sudah berkahwin selama empat tahun. Apa yang berlaku sekarang adalah suami kakak saya ini telah menfitnah kakak saya dengan mengatakan bahawa kakak saya telah berzina dengan lelaki lain tanpa sebarang bukti. Saya sememangnya mengenali kakak saya ni dan saya percaya kakak saya tidak pernah melakukan zina ni.

Soalan saya, apakah hukumnya bila si suami menfitnah isterinya sendiri berzina dengan lelaki lain tanpa memberi sebarang bukti dan si isteri tidak pernah langsung terlintas niat di hati @ melakukan perkara tersebut? Boleh minta ustaz jelaskan?

Ieyna (Melaka)

Iklaneka

Waalaikumussalam.

Apabila seorang suami yang membuat tuduhan isterinya sendiri telah melakukan zina, dia hendaklah membawa 4 orang saksi bagi membuktikan tuduhannya. Si suami boleh dikenakan hukum qazaf sebanyak 80 puluh kali sebatan sekiranya dia menuduh isteri melakukan zina tapi tidak membawa bukti atau 4 orang saksi termasuk dirinya sendiri.

Jika tiada saksi, si suami hendaklah meli’an isteri di depan hakim/ mahkamah atau majlis yang dihadiri oleh sekumpulan manusia dengan melafazkan “Aku bersaksi kepada Allah, aku berada dipihak yang benar dan isteriku melakukan zina”. Manakala sumpah ke 5 pula hendaklah dia berkata, “Laknat Allah akan jatuh kepadaku sekiranya aku berdusta”.

Maksud Li’an menurut hukum syarak ialah sumpah daripada si suami apabila dia menuduh isterinya berzina. Sumpah itu hendaklah diucapkan sebanyak 4 kali bertujuan bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang ke-5 dia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berbohong dan berusta.

Surah An-Nur Ayat 6-7

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.

Haram kahwin selama-lamanya suami isteri

Jika suaminya sanggup untuk bersumpah seperti di atas, isteri juga boleh bersumpah sebanyak 4+1 seperti di atas untuk menafikannya tuduhan selingkuh dari suami tadi. Dan sekiranya perkara ini berlaku, maka putuslah hubungan sebagai suami isteri dan mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya (talak ba’in). Dan haram selama-lamanya bagi suami yang meli’an isterinya untuk berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain.

Perlu diingatkan juga kepada pihak yang membuat tuduhan palsu, dia boleh terlepas daripada hukuman di dunia tetapi tidak terlepas daripada hukuman di akhirat kelak kerana Islam memelihara maruah seseorang daripada tuduhan yang sangat berat ini (zina).

Wallahu a’lam

Incoming search terms:

  • apa hukum suami memfitnah isterinya melakukan zina dengan lelaki lain
  • hukum suami fitnah isteri curang
  • isteri selingkuh melaka