Tajuk: Bolehkah ayah tiri berkahwin dengan anak tiri selepas bercerai dengan ibunya?
Penerangan: Assalamualaikum Ustaz. Saya ada satu kemusykilan. Mamat berkahwin dengan emak Siti dan merupakan bapa tiri pada Siti. Tapi Mamat tidak pernah bersama (membuat hubungan suami isteri) dengan ibu Siti semasa perkahwinannya. Dan bila Mamat bercerai dengan ibu Siti, bolehkah si Mamat ini berkahwin dengan Siti yang telah menjadi bekas anak tirinya sekarang?
– Hashimah Hasyim (Selangor)…
Iklaneka
Waalaikumussalam.
Sesungguhnya Allah Taala menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Bagi menjawab soalan ini, Ustaz bacakan petikan terjemahan dari surah An-nisa ayat 23 dimana Allah ada menjelaskan berkenaan perkara ini.
Iklaneka
“………….anak-anak perempuan daripada isterimu ( anak tiri) yang dalam pemeliharaanmu daripada isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum bercampur dengan isterimu itu ( dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu menikahinya……”
Surah penuh An-nisa ayat 23 berserta terjemahannya.
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Hukum Berkahwin Ayah/Ibu Tiri dengan Anak Tiri
Maksudnya tidak mengapa jika lelaki itu menikahi anak kepada isterinya yang mana dia belum bercampur atau bersetubuh dengan isterinya hanya dengan dia menceraikan isterinya dahulu. Oleh itu, dibolehkan Mamat untuk berkahwin dengan Siti yang telah menjadi bekas anak tirinya itu.
Sebaliknya, jika telah berlaku percampuran atau persetubuhan antara Mamat dan isterinya semasa perkahwinannya, maka haram bagi Mamat menikahi Siti, anak tirinya tersebut.
Wallahu a’lam.
Iklaneka
{ 3 comments… read them below or add one }
I see you don’t monetize tanyaustaz.net, don’t waste your traffic, you can earn additional cash every month with new monetization method.
This is the best adsense alternative for any type of website
(they approve all websites), for more info simply search in gooogle:
murgrabia’s tools
Cipangpatalorsetar
Assalamualaikum, saya nak bertanya. Bapa tiri saya sudah berkahwin baru selepas kematian arwah ibu saya. Adakah hubungan kami adik beradik perempuan dengan ayah tiri terputus? Atau kami masih lagi boleh bersalaman dengan ayah tiri. Mohon pencerahan. Terima kasih