Assalamualaikum kepada para pengunjung yang dikasihi Allah,

TanyaUstaz.net adalah sebuah portal soal-jawab agama yang dibarisi oleh Ustaz-ustaz yang berkaliber dan berpengetahuan khusus dalam ilmu-ilmu Islam yang dipelajari mereka untuk menyelesaikan kemusykilan agama yang dihadapi oleh masyarakat Islam tentang dunia hari ini.

Sekiranya tuan/puan ada soalan, bolehlah membuat pertanyaan terus kepada Ustaz disini [Tanya Ustaz]. Insya-Allah, Ustaz akan cuba menjawab persoalan anda. Mudah-mudahan hati kita tenang dan lapang untuk membuat ibadat kepada-Nya nanti. Insya-Allah.

Semoga apa yang Ustaz kongsikan disini dapat disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga kita yang lain dan bersama- sama kita memperoleh ganjaran dan pahala daripada Allah. Insya-Allah.

Hukum Suami Menghisap Payudara Dan Minum Susu Isterinya.

Post image for Hukum Suami Menghisap Payudara Dan Minum Susu Isterinya.

in Perkahwinan

Tajuk: Bolehkah suami minum susu isteri? Adakah terbatal perkahwinan kerana menjadi anak susuan?

Penerangan: Salam Ustaz. Saya baru dikurniakan seorang cahaya mata dan isteri saya menyusukan bayi secara susu badan. Saya nak tanya bolehkah sekiranya tertelan @ terminum susu isteri saya? Apakah hukumnya? Adakah ini menyebabkan saya menjadi anak susuan dan menyebabkan perkahwinan kami terbatal? Sebab saya ada terdengar orang kata suami tidak boleh hisap payudara isteri ketika ada susu kerana dikhuatiri suami terminum susu badan isterinya dan boleh menyebabkan terbatal kerana jadi anak susuan. Terima kasih Ustaz.

– Ashraf Alayas (Perak)

Iklaneka

Waalaikumussalam.

Sesungguhnya perkahwinan itu menghalalkan hubungan antara suami isteri. Dan Allah juga berfirman :

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ

“Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, oleh itu datangilah ladang tersebut sesuka kamu.” –Surah Al-Baqarah ayat 223

Seorang suami itu boleh membuat apa sahaja kepada isterinya asalkan tidak melanggar batas-batas agama kecuali melalui belakang (dubur) dan haid seperti mana dari Khuzaimah bin Tsabit r.a ia berkata:

Pernah ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw mengenai suami yang menyetubuhi isterinya pada duburnya. Nabi menjawab “Halal”. Ketika orang itu pergi, beliau memanggilnya atau memerintahkan seseorang untuk memanggilnya. Beliau lalu bertanya: “Apa yang kamu katakan tadi? Dari lubang yang mana?” Apakah dari belakang tapi tetapi pada lubang depan? Kalau begini boleh. Ataukah dari belakang dan pada lubang belakang pula? Nah, kalau ini tidak boleh. Sesungguhnya Allah tidak malu menyampaikan kebenaran. Janganlah kalian menyetubuhi isteri pada lubang duburnya!” – H/R Syafi’, Baihaqi, Ad Darimi, At Thahawi dan Al Khatabi.

Dan juga firman Allah:

 

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya tentang haid. Katakanlah, “Haid adalah gangguan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhi wanita yang sedang haid dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum suci. Jika mereka telah suci, maka setubuhilah mereka itu pada tempat yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” – Surah Al-Baqarah ayat 222

Bolehkah Suami Minum Susu Badan Isterinya? Apakah Hukumnya?

HUKUMNYA adalah MAKRUH sekiranya boleh memudaratkan penyusuan bayi/anak itu. Bayi/anak itu juga berhak atas susu tersebut kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka jika suami menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi.

Iklaneka

Jika tiada secara kemudaratan terhadap bayinya, maka hukumnya adalah HARUS dan tidak jadi seorang suami itu kepada bayi susuan kepada istrinya walaupun dia terminum/tertelan susu isterinya secara dalam botol/gelas atau secara terus dan tidaklah terbatal hubungan perkahwinan tadi kerana hujah dan dalil penyusuan dari hadith yang mana menjelaskan dan menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas untuk kanak-kanak berusia 2 tahun pertama.

Jawapan ini dipetik daripada Ustaz Azhar Idrus.

Wallahu a’lam.

LIKE FB Ustaz dan dapatkan dapatkan ilmu agama dan artikel terbaru terus ke Facebook anta.

☝ Join grup Telegram Sahabat Ustaz | ✍ Ada soalan?Tanya Ustaz

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment