TANYAUSTAZ.NET Siapa Ustaz? Tanya Soalan!

Hukum Tak Bayar PTPTN Kerana Kerajaan Kuat Tipu/Tindas Rakyat

Tajuk: Bolehkah sekiranya saya tidak mahu membayar hutang PTPTN? Apakah hukumnya?

Penerangan: Salam Ya Ustaz. Saya bekerja sebagai Junior Engineering di sebuah company swasta di KL dan baru melangsungkan perkahwinan. Masa saya belajar degree dulu saya telah membuat pinjaman PTPTN tetapi selepas saya tak pernah bayar langsung. Bukan saya taknak bayar tapi saya tak mampu. Walaupun gaji saya RM2800 tapi selepas tolak sewa rumah, tolak bayar kereta honda, tolak duit utiliti, tolak semua hanya tinggal berapa je duit poket saya. Ini pulak bila saya baru berkahwin. Lagilah saya memerlukan duit kerana saya ada tanggungan iaitu bini saya.

Jadi soalan saya bolehkah jika saya taknak bayar langsung kerana keadaan ekonomi saya yang tidak mampu. Lagi dengan sikap kerajaan yang dulunya korupsi dan rasuah sana-sini manakala kerajaan sekarang pula cakap nak mansuh PTPTN tapi tiba-tiba cakap kena bayar. Apakah hukumnya ya Ustaz? Mohon penjelasan daripada Ustaz. TQ.

– Azzin (Kelantan)

Iklaneka

Waalaikumussalam.

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah satu badan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab untuk memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di Malaysia.

Ustaz akan huraikan secara umum hukum tidak membayar hutang dulu tanpa menyentuh PTPTN. Banyak hadis dan dalil menyebutkan tentang hutang. Hukum orang yang tidak membayar hutang adalah berdosa besar. Sengaja melewat-lewatkan pembayaran hutang setelah anda berkemampuan akan memberikan kesan buruk dalam hidupnya didunia dan juga akhirat seperti:

  • hidup dalam kehinaan dan hilang maruah diri mereka
  • Allah tidak akan memberkati hidup mereka
  • perbuatan mereka ini digolongkan dalam perbuatan orang zalim
  • amalan kebajikan mereka tidak akan diterima Allah

Sabda Rasulullah SAW:

Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

– Riwayat Ibnu Majah

Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.

– Riwayat Baihaqi

Tidak membayar hutang bererti anda telah mengambil hak atau harta orang lain sebagaimana seharusnya ianya dikembalikan kepada orang yang tersebut. Perkara ini sama seperti berniat menghancurkan orang lain, maka Allah akan juga menghancurkan dirinya juga.

“Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah juga akan menghancurkan dirinya.” (HR. Bukhari)

Hukum Tidak Membayar Hutang PTPTN

Hukum bagi umat Islam yang enggan atau tidak membayar hutang PTPTN adalah HARAM dan berdosa besar kerana hutang adalah wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

Iklaneka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا

“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” -HR. Ibnu Majah

Sebelum peminjam mengambil duit PTPTN anda telah pun BERSETUJU dengan segala isi janji antara peminjam dengan pihak PTPTN termasuk bayaran balik (sekiranya peminjam memahami dan mebaca surat perjanjian itu dengan teliti). Ini bermakna peminjam sudah pun ingkar pada janji yang telah dipersetujui bersama.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman turut menyebut hukum bagi orang Islam yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya (rujuk balik penjelasan tentang hutang diatas).

Sebaliknya, sekiranya peminjam PTPTN meninggal dunia, warisnya tidaklah perlu memjelaskan baki hutang tersebut kerana ianya akan dibayar oleh syarikat insurans kerana setiap peminjam dilindungi Insurans Etiqa Takaful apabila mereka mula menerima pinjaman. Bagaimanapun, waris peminjam yang telah meninggal dunia hendaklah menghubungi pihak PTPTN dengan mengemukakan beberapa dokumen berkaitan termasuk sijil kematian supaya syarikat insurans tadi menguruskan pembayaran balik pinjaman.

Doa Dipermudahkan Membayar Hutang

Ustaz sarankan sesiapa yang berniat mahu membayar hutang tapi selalu menghadapi kesulitan, boleh mengamalkan doa untuk dipermudahkan urusan dalam membayar kembali hutang tersebut. Allah akan bantu urusanmu dalam menjelaskan hutang tersebut, Insya-Allah.

Iklaneka

Doa Bayar Hutang

Hukum Kerajaan Menipu Rakyatnya

Duit PTPTN adalah duit kerajaan. Dan duit kerajaan adalah duit rakyat kerana kerajaan hanyalah wakil yang diundi rakyat untuk menguruskan sesebuah negara. Sekiranya pemimpin yang berada di kerajaan itu menipu dan menindas rakyatnya, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membenci seseorang pemimpin yang zalim.

Dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ

“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (HR. Tirmidzi)

Kesimpulannya, hutang itu wajib dibayar walau tidak kira apapun dan tidak kira kepada siapa anda berhutang. Kerana hukumnya adalah berdosa besar bagi mereka yang tidak mahu membayar kembali hutang mereka. Usahlah leka kepada harta duniawi kerana ianya hanya sementara.

Wallahu a’lam

Ada kemusykilan? Tanyalah Ustaz.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment


Jawatankosongmalaysia.co adalah sebuah portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menyenaraikan ribuan jawatan kosong kerajaan dan juga swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023 ❤️️ Haru Elie.